Tampilkan postingan dengan label Apakah Injil Barnabas sahih atau palsu?. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Apakah Injil Barnabas sahih atau palsu?. Tampilkan semua postingan

Kamis, 21 November 2013

Apakah Injil Barnabas sahih atau palsu?

 


Pengenalan
Umat Kristian sejak awal lagi mempercayai bahawa keempat-empat kitab Berita Baik (Injil) yang disampaikan oleh Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes adalah diilhamkan oleh Roh Allah, dan mengandungi keterangan yang sah tentang riwayat serta karya Tuhan Yesus dan merupakan Berita Baik bagi dunia. Kitab-kitab ini disebut Berita Baik (Injil) yang disampaikan oleh Matius, Markus, Lukas dan Yohanes.

Sebaliknya, agama Islam mendakwa bahawa kitab Berita Baik (Injil) orang Kristian tidak sah. Menurut dakwaan sesetengah orang Islam, sebuah buku yang berjudul injil Barnabas, kononnya ditulis pada abad pertama (1 T.M.) oleh Rasul Barnabas dan dikatakan bahawa inilah injil sebenar yang diberikan oleh Yesus. Perkara yang menghairankan adalah buku ini hanya muncul pada abad ke-18 T.M.!

Artikel ini bukan bertujuan menyindir sesiapa tetapi untuk memaparkan kenyataan supaya kebenaran dapat dibezakan daripada kepalsuan dan agar kebenaran akan dipercayai.

Tuhan Yesus berkata dalam Yohanes 8:31,32,36, "... Jika kamu taat kepada ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan ... Oleh itu, jika Anak membebaskan kamu, kamu benar-benar bebas."